Assalamualaikum muslimin dan muslimat =) Sebelum itu senyum dulu ,sedekahlah senyuman pada Laptop ar PC anda yee .. Now ,berbalik pada tajuk di atas HIDAYAH MILIK ALLAH SWT .. Ye ,memang hidayah itu milik Allah dan Allah SWT hanya akan memberikan hidayah pada orang yg dikehendakinya .. Buktinya pada (Surah Al-An'am : ayat 125) yg bermaksud "Maka sesiapa yg Allah SWT kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yg Allah SWT kehendaki untuk menyesatkannya ,nescaya ia menjadikan dadanya sempit sesempit-sempitnya , seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya) . Demikianlah Allah SWT menimpakan azab kepada orang-orang yg tidak beriman" .. Dalam dunia sekarang memang ramai yg beragama Islam ,jadi kita umat Islam patut bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan Islam .. Seperti saya ,saya masih jahil dalam bab-bab agama Islam .. Tadi ,saya ada terjumpa satu laman web dan tajukknya menarik perhatian saya dan saya pun 'click' untuk baca kisah-kisahnya .. Subbahanallah =( Masih banyak lagi yg perlu saya pelajari .. Bila terkenangkan dosa-dosa lalu ,saya terasa amat takut .. Dan bila terfikir apa yg akan jadi pada kita selepas mati nanti saya ingin menitiskan airmata ='( Sekarang saya berusia 16 tahun ,tetapi tak kanlah tunggu dah tua nanti baru nak taubatkan ? Jaminkah yg kita akan hidup sampai tua nanti ? Ya Allah ,aku amat berdosa denganmu .. Aku lalai dalam menjalankan suruhan =(
Berikanlah kami semua hidayahmu supaya kami tidak jauh daripadamu Ya Allah !
KEBAIKAN ORANG YG MENDAPAT HIDAYAH
- Jiwa sentiasa tenang
- Sentiasa berusaha menuntut ilmu
- Sentiasa menunaikan perintah Allah
- Sentiasa meningkatkan amal ibadah
- Berubah dari tidak beriman kepada beriman
- Mengubah sikap daripada ingkar kepada taat
Amat cantikkan ? InsyaAllah ,dengan izin Allah SWT suatu hari nanti =')
Terima kasih pembaca yg dirahmati Allah SWT ,Assalamualaikum ^^

No comments:
Post a Comment